Tuesday, November 29, 2011

Super Eleven

Jersi No 11 adalah satu keagungan di Manchester United sama hebat dengan jersi nombor 7. Tapi pada 2 Disember 1990, satu kegilaan yang tak terungkai oleh peminat setia Man Utd apabila Sir Alex Ferguson (SAF) Alex Ferguson waktu itu telah memperjudikan No 11 yang waktu itu digayakan Brian McClair (Sebelum era nombor jersi tetap) kepada seorang budak mentah yang baru sahaja berumur 17 tahun. Budak mentah ini adalah bekas remaja sekolah bolasepak dari kem "noisy neighbour" iaitu Manchester City.
                                
                                Tak percaya permulaan karier budak mentah ini? Sila wiki! Takkan wiki pun nak kena ajar? Kembali kepada topik. Awalnya, budak mentah dari negara Wales ini walaupun menandatangani surat belajar di Man City beliau adalah pemain untuk pasukan Salford Boys. Asing bukan?  Tapi keasingan lu orang elok disimpan jauh didasar hati kalau lu orang tahu yang beliau menjaringkan Hat-Trick ketika menentang Man Utd under 15 yang disaksikan sendiri oleh SAF!

Beliau yang dalam perenggan pertama dan kedua diatas melakukan debut pertamanya ketika menentang Everton pada 2 March 1991 dan adalah seorang remaja yang baru sahaja kenal erti Professionalisma dalam era bolasepak kini sudah meningkat mendadak serta mencuri tumpuan dengan larian menakjubkan yang membuatkan pasukan-pasukan yang telah sedia menggeruni Manchester United selepas zaman Ron Atkinson semakin chuak! Terima kasih kepada Dennis Irwin yang injured. Malangnya, pada perlawanan tersebut,United tumbang 0-2 kepada Toffees!

Ya pembaca sekalian, istilah chuak wajar digunakan dalam cerita sebegini bagi menggambarkan betapa agungnya Idealis bolasepak seperti SAF yang berjaya membuka mata betapa juara sebenar kini di landasan terbaik. Era kegemilangan wonder boy tersebut menjadi semakin menggila sehingga posisi Left Wing yang biasanya diisi Lee Sharpe terpaksa diberi kepada beliau! Melampau budak ni! Sehinggalah ketibaan King Eric yang menyaksikan United adalah kuasa dominan yang agung mengalahkan Pahang agungnya!

Ya pembaca sekalian, jika ada antara lu orang yang belum pernah melihat zaman melampau lelaki yang berjaya mengkitai defender setiap team yang ada di England ini, gua uploadkan special video untuk lu orang yang mana ianya adalah goal yang paling diingati sepanjang karier beliau




Sebenarnya gua nak buat-buat macam pengenalan watak asing. Tapi mustahil lu orang tak kenal karakteristik yang telah gua tampilkan buat figura dalam ayat-ayat gua kat atas tu. If tak tau atau masih cuba meneka,and yes, He is Giggs!! Ryan Joseph Giggs, pemegang nombor sebelas abadi!

Kaki botol sejati juga mungkin?
Dan hari ini adalah harijadi beliau dan beliau masih lagi bermain di Manchester United! Happy Birthday GIGGSY!!

Buat fans pasukan lain :


True legend you are mr Giggsy!

Wednesday, November 23, 2011

Debut Post!

  Jangan cuba cari older post di post yang ini. Ini adalah post yang pertama untuk blog MyManUtd Perak. Sayangnya ketika post ini ditulis, perlawanan BPL sudah melewati angka 12. Tapi masih belum terlambat gayanya kerana banyak detik manis yang akan direkodkan disini. (Contohnya : Juara BPL 2011/2012, Champions league dan sebagainya). Sebelum gua lupa, blog ni adalah blog untuk peminat MANCHESTER UNITED. Bukan Liverpool,Chelsea,Arsenal mahupun Ottelul Galatti. Mereka ada fans kah? Info pasal bolasepak Perak dan mungkin juga Malaysia Insyaallah akan diupdate juga.
            
          Sebagai menghormati status first post, gua taknak tulis panjang-panjang disini. Keyboard gua takde Backlight! Dikesempatan ini, gua selaku tukang karut ingin menjemput warga-warga MymanutdPerak yang berkebolehan mengarut untuk menjadi admin blog ini. Sekadar informasi, status blog masih lagi belum official selagi tuan presiden tak approve.

Salam One United!

CHAMP19NS!