Tak percaya permulaan karier budak mentah ini? Sila wiki! Takkan wiki pun nak kena ajar? Kembali kepada topik. Awalnya, budak mentah dari negara Wales ini walaupun menandatangani surat belajar di Man City beliau adalah pemain untuk pasukan Salford Boys. Asing bukan? Tapi keasingan lu orang elok disimpan jauh didasar hati kalau lu orang tahu yang beliau menjaringkan Hat-Trick ketika menentang Man Utd under 15 yang disaksikan sendiri oleh SAF!
Beliau yang dalam perenggan pertama dan kedua diatas melakukan debut pertamanya ketika menentang Everton pada 2 March 1991 dan adalah seorang remaja yang baru sahaja kenal erti Professionalisma dalam era bolasepak kini sudah meningkat mendadak serta mencuri tumpuan dengan larian menakjubkan yang membuatkan pasukan-pasukan yang telah sedia menggeruni Manchester United selepas zaman Ron Atkinson semakin chuak! Terima kasih kepada Dennis Irwin yang injured. Malangnya, pada perlawanan tersebut,United tumbang 0-2 kepada Toffees!
Ya pembaca sekalian, istilah chuak wajar digunakan dalam cerita sebegini bagi menggambarkan betapa agungnya Idealis bolasepak seperti SAF yang berjaya membuka mata betapa juara sebenar kini di landasan terbaik. Era kegemilangan wonder boy tersebut menjadi semakin menggila sehingga posisi Left Wing yang biasanya diisi Lee Sharpe terpaksa diberi kepada beliau! Melampau budak ni! Sehinggalah ketibaan King Eric yang menyaksikan United adalah kuasa dominan yang agung mengalahkan Pahang agungnya!
Ya pembaca sekalian, jika ada antara lu orang yang belum pernah melihat zaman melampau lelaki yang berjaya mengkitai defender setiap team yang ada di England ini, gua uploadkan special video untuk lu orang yang mana ianya adalah goal yang paling diingati sepanjang karier beliau
Sebenarnya gua nak buat-buat macam pengenalan watak asing. Tapi mustahil lu orang tak kenal karakteristik yang telah gua tampilkan buat figura dalam ayat-ayat gua kat atas tu. If tak tau atau masih cuba meneka,and yes, He is Giggs!! Ryan Joseph Giggs, pemegang nombor sebelas abadi!
| Kaki botol sejati juga mungkin? Dan hari ini adalah harijadi beliau dan beliau masih lagi bermain di Manchester United! Happy Birthday GIGGSY!! Buat fans pasukan lain : True legend you are mr Giggsy! |
KENAPA kau kuning kan yg 99?
ReplyDeletesepatutnya kau kuningkan 11..